![]() |


T 1103/1
|
SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN
_____________________________________
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2009
TINGKATAN LIMA
![]() |
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua jam lima belas minit
![]() |
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
|
[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan hidup berjiran dalam masyarakat kini. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.
|
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit)
(100 markah)
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.
1. Trend hidup masyarakat kini yang suka berhutang telah mendedahkan mereka kepada belenggu kewangan. Tabiat ini mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial.
Pada pendapat anda mengapakah fenomena ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah menanganinya.
2. Taman- taman rekreasi di negara kita sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah. Sebagai wartawan sebuah akhbar, anda telah menemu ramah seorang pegawai majlis tempatan untuk mendapatkan pandangan beliau tentang kepentingan taman rekreasi kepada masyarakat.
Tulis teks wawancara tersebut selengkapnya.
3. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri berikrar akan memerangi perbuatan rasuah hingga ke akar umbi tetapi perbuatan tersebut masih berleluasa di negara kita.
Bincangkan halangan-halangan untuk membanteras perbuatan rasuah dan kesan perbuatan tersebut kepada negara.
4. Kejadian bencana alam yang dahsyat seperti ribut, tanah runtuh dan gempa bumi yang melanda negara-negara di dunia telah meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat antarabangsa. Fenomena ini berlaku disebabkan sikap rakus segelintir manusia mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri.
Jelaskan kesan-kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya kerosakan alam
sekitar berlaku.
5. Minat berkarya generasi muda hari ini kian luntur. Keadaan ini menuntut penglibatan ibu bapa untuk memupuk minat anak-anak berkarya demi memartabatkan dunia pengkaryaan tanah air.
Berikan pendapat anda.
KERTAS SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment