PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN JPNP 2007
BAHASA MELAYU KERTAS 1
GARIS PANDUAN PEMERIKSA
A. CARA PEMERIKSAAN
BAHAGIAN A:
· Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan
· Isi/ idea – 3 isi/idea penting ( tidak termasuk pendahuluan & penutup) dan mesti berdasarkan tugasan yang diberi.
· Karangan mesti ditulis dalam jumlah kata yang ditetapkan ( antara 200-250 patah kata)
· Karangan yang tidak memenuhi kepanjangan yang ditetapkan tidak boleh dimasukkan pada tahap cemerlang.
· Kesalahan ejaan tidak dipotong markah.
PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBERI KOMEN :
· Bagi peringkat baik – idea sahaja.
· Bagi peringkat memuaskan, kurang memuaskan dan pencapaian minimum - bahasa dan idea sahaja.
· Karangan yang tiada kata-kata puitis seperti peribahasa, kata-kata hikmat, cogan kata dan lain-lain - markah maksimun 25 sahaja.
BAHAGIAN B:
· Isi – bergantung kepada bilangan perkataan dan markah yang ditetapkan
( minimum 3 isi / idea penting)
· Pemeriksaan secara impression berpandukan kriteria ditetapkan.
· Jika karangan :
a. Kurang 350 patah kata, periksa seperti biasa.
b. Terlalu panjang- periksa seperti biasa sehingga ke akhir karangan.
· Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.
· Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan markah ejaan keseluruhan maksimum 3 markah sahaja
· Tiada pemotongan markah ejaan bagi kesalahan berulang.
· Markah bersih / muktamad hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kanan halaman pertama karangan.
Contoh : Bahagian A : 25 markah
Bahagian B : 65 markah
Jumlah : 88 markah
· Komen diberi sekiranya perlu pada karangan yang diperiksa.
· Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:
( ) = Kesalahan isi
_____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)
// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca.
PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 1
Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
[30 markah]
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
Cemerlang | 26 – 30 atas (28 – 30) (26 – 27) bawah |
Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)
|
Kepujian | 20 – 25 atas (23 – 25) (20 – 22) bawah |
|
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
Memuaskan | 15 – 19 atas (17 – 19) (15 – 16) bawah |
Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.
|
Kurang memuaskan | 10 – 14 atas (12 – 14) (10 – 11) bawah |
|
Pencapaian Minimun | 01 – 09 atas (06 – 09) (01 –05) bawah |
|
Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
[100 markah]
KRITERIA
KRITERIA | DESKRIPSI |
1. BAHASA (Mekanis) |
- ayat (sintaksis)
|
2. LARAS (Dinamis) |
|
3. IDEA (ISI) |
|
4. PENGOLAHAN |
|
5. GAYA BAHASA |
|
1103/1(PPT)
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 80 – 100 (90 – 100) (80 – 89) |
|
KEPUJIAN | 66 – 79 (73 – 79) (66 – 72) |
|
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
BAIK | 51 - 65 (58 – 65) (51 – 57) |
|
MEMUASKAN | 36 – 50 (43 – 50) (36 – 42) |
huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
|
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
KURANG MEMUASKAN | 21 – 35 (28 – 35) (21 – 27) |
|
PENCAPAIAN MINIMUM | 01 – 20 (11 – 20) (01 – 10) |
|
CADANGAN ISI BAGI SETIAP SOALAN:
BAHAGIAN A
Diharapkan:
(a) Calon menulis tentang kepentingan hidup berjiran iaitu saling membantu mengatasi masalah jenayah di kawasannya, bersama-sama menjayakan majlis kenduri atau keraian yang diadakan, dan sebagai pengganti anggota keluarga yang tinggal berjauhan.
Kemungkinan:
(b) Calon mengemukakan kepentingan-kepentingan hidup berjiran yang lain selain daripada yang terdapat dalam petikan – diterima.
BAHAGIAN B :
Soalan 1 :
Trend hidup masyarakat kini yang suka berhutang telah mendedahkan mereka kepada belenggu kewangan. Tabiat ini mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial.
Pada pendapat anda mengapakah fenomena ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah menanganinya.
Tugasan : Sebab berlakunya fenomena suka berhutang dan langkah
menanganinya
Format : Tiada
Cadangan Isi : Sebab-sebab suka berhutang:
i. Mengalami masalah kewangan / kesempitan hidup
ii. Amalan berbelanja yang boros
iii. Tidak ada perancangan dalam berbelanja
iv. Terpengaruh dengan tawaran pinjaman mudah wang (Along)
v. Penggunaan kad kredit secara berleluasa
Cara-cara mengatasi:
i. Kempen amalan menabung sejak kecil
ii. Mengehadkan pengeluaran kad kredit
iii. Kempen pengguna bijak/ berhemat
iv. Membeli barangan keperluan sahaja
v. Tidak mudah terpengaruh dengan tawaran jualan murah
vi. Membuat jadual perbelanjaan tahunan/ bulanan/ mingguan
Soalan 2 :
Taman- taman rekreasi di negara kita sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah. Sebagai wartawan sebuah akhbar, anda telah menemuramah seorang pegawai majlis tempatan untuk mendapatkan pandangan beliau tentang kepentingan taman rekreasi kepada masyarakat.
Tuliskan teks wawancara tersebut selengkapnya.
Tugasan : Kepentingan taman rekreasi kepada masyarakat
Format : Wawancara.
Markah dipotong jika tiada :
- Format Wawancara
- Bentuk Dialog
( Maksimum pemotongan markah format - 2 markah)
Cadangan Isi : Kepentingan taman rekreasi kepada masyarakat
i. Sebagai tempat beriadah
ii. Tempat berkumpul ahli keluarga / berkelah/ untuk
menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih bermakna
iii. Menikmati udara segar/ nyaman
iv. Lari daripada kesibukan kota/ menghilangka ` ketegangan
v. Imej yang bersih/ sihat kepada pelancong asing
Soalan 3 :
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri berikrar akan memerangi perbuatan rasuah hingga ke akar
umbi tetapi perbuatan tersebut masih berleluasa di negara kita.
Bincangkan halangan-halangan untuk membanteras perbuatan rasuah dan kesan perbuatan tersebut kepada negara.
Tugasan : Halangan membanteras perbuatan rasuah dan kesan
perbuatan tersebut kepada negara
Format : Tiada
Cadangan Isi : Halangan-halangan membanteras perbuatan rasuah:
i) Sudah berakar umbi dalam masyarakat
ii) Keinginan untuk hidup mewah dalam masa yang singkat
iii) Sikap pegawai yang tamak/ rambang mata
iv) Cetek ilmu agama
v) Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk kepentingan
diri
vi) Terpaksa kerana menghadapi masalah kewangan
Kesan perbuatan rasuah kepada negara:
i) Menjatuhkan imej negara
ii) Menghilangkan kepercayaan pelabur asing
iii) Menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap agensi
kerajaan
iv) Jentera pentadbiran negara lemah/ tidak produktif
Soalan 4 :
Kejadian bencana alam yang dahsyat seperti ribut, tanah runtuh dan gempa
bumi yang melanda negara-negara di dunia telah meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat antarabangsa. Fenomena ini berlaku disebabkan sikap rakus segelintir manusia mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri.
Jelaskan kesan-kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya kerosakan alam
sekitar berlaku.
Tugasan : Kesan-kesan buruk kerosakan alam sekitar
Format : Tiada
Cadangan Isi : Kesan-kesan buruk kerosakan alam sekitar
i) Mudah berlaku banjir kilat
ii) Hakisan tanah berlaku
iii) Suhu dunia meningkat / Fenomena Pemanasan
Global
iv) Ekosistem Alam terjejas
v) Flora dan fauna pupus
vi) Cuaca tidak menentu
vii) Usaha pemulihan memerlukan perbelanjaan/ kos
yang besar
viii) Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda
yang musnah
Soalan 5 :
Minat berkarya generasi muda hari ini kian luntur. Keadaan ini menuntut penglibatan ibu bapa untuk memupuk minat anak-anak berkarya demi memartabatkan dunia pengkaryaan tanah air.
Berikan pendapat anda.
Tugasan : Peranan ibu bapa untuk memupuk minat anak-anak
berkarya
Format : Tiada
Cadangan Isi : Peranan ibu bapa memupuk minat berkarya:
i) Memberi galakan / mendorong anak-anak menulis
sejak kecil
ii) Membawa anak-anak menghadiri kursus/ bengkel-
bengkel penulisan
iii) Menyediakan bahan bacaan/ buku yang boleh
membantu anak-anak berkarya
iv) Menggalakkan anak-anak menyertai pelbagai pertandingan/ sayembara penulisan di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan
v) Memberi hadiah menarik sebagai rangsangan sekiranya anak dapat menghasilkan karya
SKEMA PEMARKAHAN TAMAT
No comments:
Post a Comment