Pages

Sunday 20 March 2011

PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAH

   Penggunaan ADALAH atau IALAH

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.
Manakala kata pemeri adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan                 frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperi yang berikut:

1.        Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

SALAH
BETUL
Anak adalah anugerah Allah.

Beliau adalah orang pertama yang membiakkan…
Kaum wanita adalah elemen…

Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.

Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang.
Anak ialah anugerah Allah.






Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.



2.       Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah

SALAH
BETUL
Kursus ini ialah untuk…

Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada…
Kursus ini adalah untuk…

Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada…


3.       Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja

SALAH
BETUL
Matlamat utama unit ini adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.

Satu usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.
Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.

Satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.
4.       Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat

SALAH
BETUL
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa…

Adalah diharapkan dengan pemilihan ini…

Adalah dimaklumkan bahawa…

Adalah diumumkan bahawa…
Dengan ini dimaklumkan bahawa…


Dengan pemilihan ini diharapkan…


Dengan ini dimaklumkan bahawa…

Dengan ini diumumkan bahawa…
           



Selain itu, pengguna cenderung untuk menggunakan ungkapan
adalah + kata kerja seperti berikut:


Text Box: …adalah berasaskan…
…adalah berdasarkan…
…adalah digalakkan…
…adalah dinasihati…
…adalah diperakui…
…adalah melambangkan…
…adalah menjadi…
…adalah merupakan…
…adalah tertakluk…












           
SALAH
BETUL
Institut Irshad adalah merupakan sebuah institut persendirian…

Para pelajar adalah dipelawa memohon…

Keputusan ini diambil adalah berdasarkan

Warna merah pada bendera Malaysia adalah melambangkan

Perjanjian ini adalah tertakluk kepada…
Institut Irshad merupakan sebuah institut persendirian…








 Perjanjian ini tertakluk kepada…

No comments:

Post a Comment